RAKAN PERSADA

Monday, May 31, 2010

[coretan] Program Wacana; Kepimpinan & Seni Bermasyarakat PERSADA 2010

Share


pada 28 sehingga 30 mei 2010 yang lalu, pejabat SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan program Wacana; Kepimpinan & Seni Bermasyarakat Permuafakatan Siswa/i Felda (PERSADA) bertempat di Kem Nadi, Sungkai, Perak Darul Ridzuan. program yang berbentuk Building High Performance Team ini menjadi platform awal kepada setiap barisan kepimpinan tertinggi sekretariat PERSADA IPTA dalam membudayakan konsep 'pintar berkomuniti' dan membentuk satu pasukan yang mapan di peringkat nasional dalam usaha untuk menjayakan visi dan misi aspirasi FELDA glokal.

Sekretariat PERSADA Universiti Malaya menyahut usaha murni ini dengan mewakilkan 5 orang pimpinan tertinggi yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha Agong, Bendahari, Exco Kebajikan dan Inovasi,untuk turut bersama-sama hampir 110 peserta yang lain yang terdiri daripada barisan pimpinan sekretariat PERSADA 19 IPTA (kecuali UTM), pegawai koordinasi Universiti PERSADA & SERANTA JPM, exco-exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan pegawai koordinasi dari FELDA.

program 3 hari 2 malam ini diatur dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar. antaranya; sesi suai kenal sahabat, wacana perdana transformasi perdana bersama Y.Bhg Dato' Hj Shahlan Hj Ismail, Setiausaha Politik YAB. Perdana Menteri merangkap Penasihat PERSADA Kebangsaan; senaman pagi; tayangan 'who moved my cheese-hew & haw"; kaedah berunding dan pintar bermasyarakat; membina agenda bertindak ABATA; Meniti Cahaya Rimba; wacana daripada Encik Noor Ehsanuddin Bin Hj Mohd Harun Narrashid, Pengarah SERANTA JPM; dan ucapan penutupan perasmian serta penyampaian sijil oleh tetamu kehormat daripada FELDA.
secara keseluruhannya, program ini berjaya menjadi wadah untuk melahirkan barisan kepimpinan PERSADA yang pintar berorganisasi dan mampu menjadi pemangkin perubahan sosial masyarakat FELDA. Malah, pendekatan aktiviti yang dilakukan juga berjaya memuka minda peserta agar dapat mengubah sikap dan melakukan lonjakan berganda supaya mampu berperanan dalam komuniti bagi merealisasikan aspirasi FELDA glokal. Sesungguhnya program ini juga dapat membentuk nilai kepimpinan pasukan yang mantap hasil daripada pencaknaan nama kumpulan seperti kumpulan PERSADA WOWW!!, PERSADA TIMUR, dan lain-lain lagi.

Tahniah dan terima kasih ditujukan khas kepada pejabat SERANTA JPM kerana berjaya mengadakan program ini.Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang!!!

GEMPUR! PERSADA!!!

GEMPUR! PERSADA!!!

GEMPUR! PERSADA!!!!




1 comment: