RAKAN PERSADA

Monday, December 28, 2009

selamat kembali ke kampus

Share


Sekretariat PERSADA UM
ingin mengucapkan

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS!!!!

kepada seluruh warga UNIVERSITI MALAYA
khususnya buat

mahasiswa mahasiswi FELDA UM


Semoga kedatangan semester baru (semester 2) ini
akan membuka lembaran baru dalam setiap diari kehidupan kita.




.warnai hari anda.

^__^



*bantu dan sumbang-lah idea & masa anda untuk sama2 memperkasakan nama PERSADA UM*

Sunday, December 27, 2009

ikrar PERSADA

Share
Bahawasanya kami;

Ahli PERSADA Malaysia
Beriltizam dan berjanji setia
Menyumbang bakti dan usaha
Membangun dan membela
Amanah warisan pusaka
FELDA dan warganya
Ke arah mencapai hasrat dan wawasan negara
Merealisasikan gagasan Aspirasi FELDA Glokal yang mulia
Untuk memartabatkan FELDA di persada dunia.

Kami;

Dengan penuh sedar dan memahami
Rasional dan bijaksana
Bertindak atas keutamaan & prinsip tertera;
Menjunjung Semangat Rukun Negara
Mendukung Konsep 1Malaysia
Pintar bermasyarakat, membudayakan ilmu dan berakhlak mulia
Keharmonian dan kemakmuran FELDA diutama
Demi agama,bangsa dan negara.


Saturday, December 26, 2009

Lagu Semai Bakti FELDA

Share


....SEMAI BAKTI...

Gagah mara menyemai bakti
Penuh daya setulus hati
Hikmat setia luhur berbudi
Demi negara yang dicintai

Padu ikatan rukun damai
Murni hasrat bulat muafakat
Semai bakti bukti dituai
Usaha tegas membawa berkat

Disemai bakti ditabur jasa
Cetusan syahdu semangat waja
Biar seribu cabaran tiba
Negara makmur yang utama

Bakti diberi penuh setia
Dengan rahmat yang Maha Esa
Erat sepakat bina FELDA
Seiring haluan ke puncak jaya



Friday, December 25, 2009

SYARAT KEAHLIAN

Share
syarat keahlian PERSADA UM adalah seperti berikut :
  1. Ahli Sekretariat PERSADA mestilah pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Institusi Perguruan/Institusi Kemahiran yang merupakan warga FELDA.
  2. Keahlian terbuka kepada warga FELDA iaitu peneroka FELDA, isteri peneroka FELDA, anak peneroka FELDA, cucu peneroka FELDA dan anak-anak kakitangan FELDA.
  3. Keahlian perlulah berdaftar dan dengan nasihat pentadbiran IPTA/IPT
KEAHLIAN PERCUMA!!!!!!!


(sumber : panduan & aturan PERSADA oleh SERANTA[FELDA] )


Thursday, December 24, 2009

PENUBUHAN SEKRETARIAT PERSADA UM

Share

salam 1 felda..

Cadangan penubuhan Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda atau nama ringkasnya PERSADA adalah daripada aspirasi dan cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri FELDA. Beliau merasakan sudah tiba masanya untuk mengangkat martabat dan memajukan masyarakat FELDA setingginya.

Matlamat PERSADA ialah melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.

Justeru, SERANTA (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri diberi mandat dan tanggungjawab oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Tepat sebagaimana maksud SERANTA (FELDA) iaitu sebagai medium penghubung, perantara, penyampai dan pemudahcara antara Kerajaan/ FELDA dengan warga FELDA.

Kini, hampir kesemua 20 IPTA sudah menubuhkan PERSADA di universiti masing-masing termasuklah Universiti Malaya.