RAKAN PERSADA

Tuesday, September 21, 2010

RTM@BOOTH PERSADA

Share


YDP PERSADA UM, saudara Shahairul

Setiausah Agung PERSADA UM, saudari NorHuda


2.Ogos.2010 - krew Radio Televisyen Malaysia (RTM) hadir meninjau dan membuat rakaman suasana FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM'10) yang berlangsung pada 2-8 Ogos 2010. dan, Booth PERSADA UM berbesar hati menerima kunjungan pihak RTM untuk menjadi lokasi temubual bersama audiens. TERIMA KASIH RTM!


[Badge] Edisi "PERSADA Til Eternal Love"

Share
"PERSADA Til Eternal Love" -Limited Edition


Sempena Minggu Promo 2010, Sekretariat PERSADA telah melancarkan Button Badge rasmi PERSADA Universiti Malaya edisi terhad "PERSADA Til Eternal Love".

Badge ini dijual kepada ahli baru sekretariat sebagai salah satu tanda mereka menyokong sekretariat ini. Dijual harga serendah RM1.00 seunit, hampir 200 ratus badge telah berjaya dijual.

Terima kasih kerana menyokong kami!



[Laporan] Minggu Promo 2010

Share

Pada 26-29 Julai 2010 yang lalu, Sekretariat PERSADA UM turut menyertai MINGGU PROMO 2010 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Tujuan Minggu Promo ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada semua mahasiswa-mahasiswi UM terutamanya mahasiswa Tahun Pertama menyertai lebih 100 badan pelajar berdaftar terdiri daripada Persatuan/Kelab/Sekretariat.

Program yang diadakan selama 4 hari berturut-turut ini diadakan di Tempat Letak Kereta Kompleks Perdanasiswa dan berlangsung dengan meriah dan jayanya. Booth PERSADA UM juga tidak kurang meriahnya dengan pendaftaran ahli baru bagi sesi 2010/2011. PERSADA UM menerima hampir 150 permohonan menjadi ahli sekretariat daripada warga kampus Universiti Malaya yang kesemuanya terdiri daripada GENERASI FELDA. Syabas dan Terima Kasih kami ucapkan!