RAKAN PERSADA

Thursday, May 20, 2010

[coretan] Bengkel Pengurusan Organisasi 2010

Share
salam wbt & salam 1persada,

pada 8 mei 2010 bersamaan hari sabtu yang lalu, Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA) Universiti Malaya telah mengadakan program Bengkel Pengurusan Organisasi 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana 2, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Bertemakan "Generasi Hari ini, Pemimpin Hari Esok," program sehari ini merupakan program sulung bagi barisan kepimpinan baru Majlis Tertinggi dan Exco PERSADA UM bagi sesi 2010/2011.

Program BPO'10 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman mengenai tips dan teknik pengurusan pentadbiran yang efisen dan berkesan kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco PERSADA khususnya dalam usaha mengangkat kepimpinan organisasi yang cemerlang dan gemilang. Malah, fokus utama program ini diadakan adalah untuk mempersiapkan setiap MT dan Exco dengan ilmu kepimpinan yang utuh agar menjadi pemimpin berkaliber di masa akan datang, khususnya bagi memimpin generasi FELDA kelak.

Program sehari ini melibatkan beberapa slot, antaranya ; Taaruf pimpinan, Bengkel Kemahiran Asas, Kenali Skop Tugas Anda!, Brain-Storming Deluxe, Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Sistem Fail, dan Sesi Bergambar.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya diadakan dengan jayanya. Sebagai salah satu badan organisasi mahasiswa yang baru diwujudkan di Universiti Malaya, penganjuran program sebegini telah memberi impak positif kepada mahasiswa untuk belajar dan berkongsi kepimpinan berpersatuan satu sama lain. Moga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


"PENGGERAK KEGEMILANGAN GENERASI FELDA"





No comments:

Post a Comment