RAKAN PERSADA

Saturday, May 5, 2012

Share

FAMILY DAY.....
Senyuman Di Ukir Ke Mana Jua, Salam Untuk Semua..

MAKLUMAN kepada semua ahli PERSADA UM, satu program yang "mengasyikkan" akan dijalankan seperti yang berikut :

Nama Program: Family Day PERSADA KEBANGSAAN
Tarikh: 11 hingga 13 Mei 2012
Tempat: Kem Janda Baik, Pahang


Marilah beramai-ramai menyertai program ini. Program yang sangat menguntungkan kepada kita semua.
'Baju & Sijil' juga akan diberikan kepada setiap peserta.


**Pesanan: Segala kesulitan boleh berhubung dengan Hidayah Omar 013-2983071)


Saturday, September 17, 2011

MINGGU PROMO 2011 datang lagi.!

Share



Assalamualaikum..

SALAM PERSADA Universiti Malaya kepada semua jagat raya yang berada dalam ruang ceruk bumi ini.

MINGGU PROMO 2011 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya merupakan satu platform untuk memudahkan badan-badan berdaftar dan persatuan di UM untuk mempromosikan tujuan dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada seisi 2011/2012.

Pengrekrutan para ahli diharap dapat menjana ke arah aliran perjalanan persatuan supaya terus dipacu dengan laju.

justeru, PERSADA UM juga akan membuka booth semasa Minggu Promo 2011 ini.

Tentatif :

Tarikh :: 20-22 September 2011
Hari :: Selasa - Khamis
Jam :: 10.00 pagi - 5.00 petang

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

anda datang, anda pasti jatuh cinta.

percayalah. kami akan memastikan keahlian anda ke PERSADA UM ini merupakan satu perjalanan mudah memastikan langkah sosialisme anda di UM tidak terhenti.

opsss..! BUKAN SEMUA LAYAK MENJADI AHLI. keahlian ini hanya terbuka kepada ::

-Generasi Kedua (Anak Peneroka)
-Generasi Ketiga (Cucu Peneroka)
-Anak Kakitangan Felda

jika anda layak, maka andalah orangnya yang akan memacu dan menjala PERSADA UM ini supaya menjadi satu badan berdaftar yang kuat pada masa hadapan.

MENDAYA KEINTELEKTUALAN GENERASI BARU FELDA

Friday, June 17, 2011

Sederap kita melangkah, Seiring dengan cita-cita.

Share
55 tahun FELDA mempersiapkan generasi kita untuk sederap melangkah kehadapan.

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah seluruh Malaysia dan kini, 11 wilayah telah pesat membangun mempergiatkan hasil perladangan dalam usaha memperbaiki kualiti hidup generasi kita.

namun, adakah kita masih peka akan VISI, MISI, dan TERAS FELDA yang menjadi tunjang pelaksanaan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan ekonomi dan sosial generasi kita.

justeru, marilah kita hayati bersama.





bukan itu sahaja, JABATAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN GENERASI BARU FELDA telah memperkenalkan satu lagi indikator terbaru yang dikenali sebagai PELAN INOVASI FELDA.

pelan ini berpegang teguh kepada objektif :

Penyediaan rangka kerja Pelan Inovasi FELDA yang merangkumi aktiviti ekonomi ke arah transformasi FELDA menjelang 2020.

maka dengan itu, pelan ini haruslah mendepani 3 isu utama. iaitu :

  • Menjadikan FELDA sebagai economic power house

  • Mengenalpasti infrastruktur yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ekonomi

  • Menjadikan FELDA dan warga FELDA sebagai high performance community


    kita sebagai generasi pelengkap kegemilangan FELDA haruslah berganding bahu membuktikan pada dunia kita mampu berjaya secara internasional dengan berpegang teguh kepada VISI, MISI, TERAS, dan PELAN INOVASI FELDA.


    RUJUKAN : felda.net.my

GEGAR PERSADA 2011 - satu pertemuan perdana -

Share

GEGAR PERSADA 2011 (29MEI - 13 JUN 2011)

SATU program yang benar-benar menarik. menggabungkan 20 IPTA seluruh Malaysia.

PERTEMUAN buat kali pertama bagi organisasi baru PERSADA.

PERBINCANGAN untuk memastikan segala perjalanan sepanjang tahun 2011/2012 berjalan dengan lancar dengan gagasan pentadbiran PERSADA Kebangsaan yang terkini.

BAGI membuktikan PERSADA tetap relevan di hati warga FELDA di wilayah, IPTA, dan lain-lain.

MENGHASILKAN satu resolusi yang mapan iaitu kita bersatu kerana FELDA. dan FELDA juga punca kita bersatu.

GERAK KERJA yang memerlukan setiap anggota PERSADA sentiasa peka akan persekitaran dan berdikari dalam membentuk program yang jitu.

YANG pasti pada suatu hari nanti akan wujudnya persaingan sihat antara setiap PERSADA di IPTA masing-masing.

JITU dan persis dalam bermesyuarat agar tindak tanduk kerja dan tingkah laku disenangi ramai.

DAN tidak lupa juga jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan PERSADA setiap IPTA yang pasti menjadi sumber kekuatan dalam mencongak masa depan generasi FELDA.

MAPAN dalam memastikan PERSADA kekal di PERSADA.!

terima kasih kepada pihak terlibat yang menjayakan program ini. harapan agar semua peserta yang terlibat dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman supaya PERSADA menjadi satu sekretariat yang mampu menggegarkan setiap mata yang memandang.!

29 MEI - 02 JUN (UITM SHAH ALAM & FELDA LAYANG-LAYANG, JOHOR)
-KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
-SEISI PERKENALAN PERSADA

03 JUN - 09 JUN (UMS,FELDA UMAS-UMAS, DESA KENCANA, ANJUNG TEDUH, SABAH)
-KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
-PROGRAM ANAK ANGKAT
-GEGAR FELDA

10 JUN - 12 JUN (KUNDASANG, SABAH)
-KEM BTN KUNDASANG - PENCAKNAAN PERSADA -

12 JUN - 13 JUN (PULAU GAYA, KOTA KINABALU,UMS,SABAH)
-MELANCONG SAMBIL BELAJAR




SATU PERTEMUAN PERBINCANGAN BAGI MENGHASILKAN GERAK KERJA YANG JITU DAN MAPAN

Sunday, April 10, 2011

Malam Nostalgia Abadi 2011

Share

MALAM NOSTALGIA ABADI adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa mantan Majlis Tertinggi dan exco-exco PERSADA UNIVERSITI MALAYA sesi 2010/2011 dan memperkenalkan Majlis Tertinggi dan exco-exco baru sesi 2011/2012.

Sesiapa yang berminat sila hantarkan nama, nombor matrik dan nombor telefon ke inbox PERSADA UM sebelum Selasa (12/04/2011).

Bayaran rm5 sahaja. (bayar semasa hari Dinner)

Terbuka kepada ahli-ahli PERSADA UM yang berdaftar.

Bagi yang belum mendaftar, sila ke

(pendaftaran ahli terbuka kepada mahasiswa Universiti Malaya yang merupakan Generasi 1 dan 2 FELDA serta anak kakitangan FELDA )

Sekian, Terima Kasih! :)

Saturday, November 20, 2010

Borang Penyertaan Karnival Iktiraf 2010

Share



Salam,

Sesiapa yg berminat sertai KARNIVAL IKTIRAF pd 10-12 Disember 2010 ini di Putrajaya.

Bertolak ke UPM : Jumaat (10.12.2010) jam 6.00 petang.
Pulang ke UM : Ahad (12.12.2010) sebelum jam 4.00 petang.

Sila isi borang penyertaan secara ONLINE di www.persadaum.blogspot.com.

+ Penginapan di UPM
++ TERBUKA kepada semua yang berminat.
++++ tempat terhad 40 orang sahaja.


Dateline isi borang : 24/11/2010(RABU)



Friday, November 19, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan!

Share

assalamualaikum
mood : peperiksaan!


Sekretariat PERSADA UM ingin mengucapkan

Selamat Maju Jaya
&
Selamat Menduduki Peperiksaan

Semester 1 sesi 2010/2011

Semoga Mendapat Keputusan yang Cemerlang Kelak.

Ingat!

Jagalah Kesihatan Mental & Fizikal anda Sepanjang Musim Peperiksaan ini.