RAKAN PERSADA

Saturday, November 20, 2010

Borang Penyertaan Karnival Iktiraf 2010

Share



Salam,

Sesiapa yg berminat sertai KARNIVAL IKTIRAF pd 10-12 Disember 2010 ini di Putrajaya.

Bertolak ke UPM : Jumaat (10.12.2010) jam 6.00 petang.
Pulang ke UM : Ahad (12.12.2010) sebelum jam 4.00 petang.

Sila isi borang penyertaan secara ONLINE di www.persadaum.blogspot.com.

+ Penginapan di UPM
++ TERBUKA kepada semua yang berminat.
++++ tempat terhad 40 orang sahaja.


Dateline isi borang : 24/11/2010(RABU)



Friday, November 19, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan!

Share

assalamualaikum
mood : peperiksaan!


Sekretariat PERSADA UM ingin mengucapkan

Selamat Maju Jaya
&
Selamat Menduduki Peperiksaan

Semester 1 sesi 2010/2011

Semoga Mendapat Keputusan yang Cemerlang Kelak.

Ingat!

Jagalah Kesihatan Mental & Fizikal anda Sepanjang Musim Peperiksaan ini.


Tuesday, September 21, 2010

RTM@BOOTH PERSADA

Share


YDP PERSADA UM, saudara Shahairul

Setiausah Agung PERSADA UM, saudari NorHuda


2.Ogos.2010 - krew Radio Televisyen Malaysia (RTM) hadir meninjau dan membuat rakaman suasana FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM'10) yang berlangsung pada 2-8 Ogos 2010. dan, Booth PERSADA UM berbesar hati menerima kunjungan pihak RTM untuk menjadi lokasi temubual bersama audiens. TERIMA KASIH RTM!


[Badge] Edisi "PERSADA Til Eternal Love"

Share
"PERSADA Til Eternal Love" -Limited Edition


Sempena Minggu Promo 2010, Sekretariat PERSADA telah melancarkan Button Badge rasmi PERSADA Universiti Malaya edisi terhad "PERSADA Til Eternal Love".

Badge ini dijual kepada ahli baru sekretariat sebagai salah satu tanda mereka menyokong sekretariat ini. Dijual harga serendah RM1.00 seunit, hampir 200 ratus badge telah berjaya dijual.

Terima kasih kerana menyokong kami!



[Laporan] Minggu Promo 2010

Share

Pada 26-29 Julai 2010 yang lalu, Sekretariat PERSADA UM turut menyertai MINGGU PROMO 2010 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Tujuan Minggu Promo ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada semua mahasiswa-mahasiswi UM terutamanya mahasiswa Tahun Pertama menyertai lebih 100 badan pelajar berdaftar terdiri daripada Persatuan/Kelab/Sekretariat.

Program yang diadakan selama 4 hari berturut-turut ini diadakan di Tempat Letak Kereta Kompleks Perdanasiswa dan berlangsung dengan meriah dan jayanya. Booth PERSADA UM juga tidak kurang meriahnya dengan pendaftaran ahli baru bagi sesi 2010/2011. PERSADA UM menerima hampir 150 permohonan menjadi ahli sekretariat daripada warga kampus Universiti Malaya yang kesemuanya terdiri daripada GENERASI FELDA. Syabas dan Terima Kasih kami ucapkan!



Sunday, July 25, 2010

MINGGU PROMO'10

Share

Minggu Promosi Persatuan UM

ataupun
PROMO`10

merupakan satu program yang dianjurkan oleh bahagian HEP & Alumni khusus bagi memperkenalkan dan mempromosikan badan-badan persatuan kepada seluruh warga Universiti Malaya.

Sekretariat Permuafakatan Siswa/i Felda Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai PERSADA UM turut menyertai minggu promosi ini.

Ayuh~!!

TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I UM SEPERTI BERIKUT :

1) ANAK PENEROKA FELDA (GENERASI KEDUA)
2) CUCU PENEROKA FELDA (GENERASI KETIGA)
3) ANAK KAKITANGAN FELDA


JOM DAFTAR AHLI PERSADA SECARA PERCUMA~!!

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA..JANGAN LEPASKAN PELUANG!

KUNJUNGI BOOTH KAMI NO9~!


Sunday, July 18, 2010

WARNA WARNI GRADUASI bersama PERSADA UM

Share

WARNA WARNI GRADUASI bersempena FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2010


Datanglah beramai-ramai ke gerai PERSADA UM


ISTIMEWA UNTUK PARA GRADUAN


Cenderahati Istimewa akan diberikan kepada para mahasiswa/i FELDA yang ditabalkan sebagai graduan semasa Konvokesyen Universiti Malaya 2010


Caranya:


Daftarlah sebagai ahli PERSADA UM secara online (di ruangan pendaftaran di atas kolum blog ini) atau daftar secara manual (borang) semasa FESKUM ‘10 nanti.


*untuk pendaftaran online, sila taipkan ( bakal graduan) di ruangan NAMA KURSUS.


<<---contoh: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (bakal graduan)--->>


Pastikan anda adalah anak/cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA.


*anda digalakkan untuk membawa mykad (salinan / asal) atau sebarang bukti keterangan bahawa anda adalah anak/cucu peneroka atau kakitangan FELDA


Cenderahati Istimewa mananti anda…!


JUALAN


Kami juga ada menjual makanan dan minuman khas untuk para pengunjung sekalian.


CUP CAKE pelbagai warna dan bentuk


CAKE pelbagai warna dan bentuk


AIR MINERAL


dan pelbagai lagi....


JUALAN TERBUKA KEPADA SEMUA…! HARGA BERPATUTAN J


PAMERAN KHAS


Kami juga ada membuka ruang pameran PERSADA UM


Kaunter pendaftaran ahli


KAMI MENANTI KEHADIRAN ANDA...! :)

[coretan] SEKILAS JEJAK ANAK FELDA 2010

Share