RAKAN PERSADA

Tuesday, September 21, 2010

[Laporan] Minggu Promo 2010

Share

Pada 26-29 Julai 2010 yang lalu, Sekretariat PERSADA UM turut menyertai MINGGU PROMO 2010 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Tujuan Minggu Promo ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada semua mahasiswa-mahasiswi UM terutamanya mahasiswa Tahun Pertama menyertai lebih 100 badan pelajar berdaftar terdiri daripada Persatuan/Kelab/Sekretariat.

Program yang diadakan selama 4 hari berturut-turut ini diadakan di Tempat Letak Kereta Kompleks Perdanasiswa dan berlangsung dengan meriah dan jayanya. Booth PERSADA UM juga tidak kurang meriahnya dengan pendaftaran ahli baru bagi sesi 2010/2011. PERSADA UM menerima hampir 150 permohonan menjadi ahli sekretariat daripada warga kampus Universiti Malaya yang kesemuanya terdiri daripada GENERASI FELDA. Syabas dan Terima Kasih kami ucapkan!



No comments:

Post a Comment