
RAKAN PERSADA
Sunday, July 25, 2010
MINGGU PROMO'10

Sunday, July 18, 2010
WARNA WARNI GRADUASI bersama PERSADA UM

WARNA WARNI GRADUASI bersempena FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2010
Datanglah beramai-ramai ke gerai PERSADA UM
ISTIMEWA UNTUK PARA GRADUAN
Cenderahati Istimewa akan diberikan kepada para mahasiswa/i FELDA yang ditabalkan sebagai graduan semasa Konvokesyen Universiti Malaya 2010
Caranya:
Daftarlah sebagai ahli PERSADA UM secara online (di ruangan pendaftaran di atas kolum blog ini) atau daftar secara manual (borang) semasa FESKUM ‘10 nanti.
*untuk pendaftaran online, sila taipkan ( bakal graduan) di ruangan NAMA KURSUS.
<<---contoh: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (bakal graduan)--->>
Pastikan anda adalah anak/cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA.
*anda digalakkan untuk membawa mykad (salinan / asal) atau sebarang bukti keterangan bahawa anda adalah anak/cucu peneroka atau kakitangan FELDA
Cenderahati Istimewa mananti anda…!
JUALAN
Kami juga ada menjual makanan dan minuman khas untuk para pengunjung sekalian.
CUP CAKE pelbagai warna dan bentuk
CAKE pelbagai warna dan bentuk
AIR MINERAL
dan pelbagai lagi....
JUALAN TERBUKA KEPADA SEMUA…! HARGA BERPATUTAN J
PAMERAN KHAS
Kami juga ada membuka ruang pameran PERSADA UM
Kaunter pendaftaran ahli
KAMI MENANTI KEHADIRAN ANDA...! :)
Friday, July 16, 2010
BERSIARAN DARI KOMPLEKS PERDANASISWA
Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru FELDA ke UM, bumi agung ilmuwan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda secara terbuka. Tahniah kepada semua.
Kami seramai 7 orang kakak-kakak dan abang-abang senior PERSADA sedang berada di Kompleks Perdanasiswa UM. Beberapa kakak dan abang PERSADA sekarang berada di terminal bas belakang library UM, untuk mengedarkan pamplet dan borang keahlian.
Jangan bimbang, kami tidak menuntut sebarang bayaran... Kakak-kakak dan abang-abang PERSADA yang ramah sedia berbakti kepada anda. Inilah masanya untuk anda bersama-sama kami bagi menyemai budi dan jasa kepada semua anak FELDA yang masih memerlukan.
Sayangnya program kami pada hari ini tidaklah begitu lama. Sebab abang-abang nak pergi solat Jumaat. Tapi insyaallah kami akan berjumpa anda lagi...
Kami juga akan membuka booth untuk Minggu Promo, dan kami akan sediakan cenderamata untuk anda. Bila lagi mahu berkenalan dengan kami? Kami ingin sangat berkenalan dengan anda. Ayuhlah anak-anak peneroka atau staf FELDA dan cucu peneroka.
Jom berpersatuan!!!!
Monday, July 5, 2010
hari bapa kita raikan. jasa bonda jangan dilupakan.
Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda