
salam 1 felda..
Cadangan penubuhan Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda atau nama ringkasnya PERSADA adalah daripada aspirasi dan cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri FELDA. Beliau merasakan sudah tiba masanya untuk mengangkat martabat dan memajukan masyarakat FELDA setingginya.
Matlamat PERSADA ialah melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.
Justeru, SERANTA (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri diberi mandat dan tanggungjawab oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Tepat sebagaimana maksud SERANTA (FELDA) iaitu sebagai medium penghubung, perantara, penyampai dan pemudahcara antara Kerajaan/ FELDA dengan warga FELDA.
Kini, hampir kesemua 20 IPTA sudah menubuhkan PERSADA di universiti masing-masing termasuklah Universiti Malaya.