RAKAN PERSADA

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

MINGGU PROMO 2011 datang lagi.!

Share



Assalamualaikum..

SALAM PERSADA Universiti Malaya kepada semua jagat raya yang berada dalam ruang ceruk bumi ini.

MINGGU PROMO 2011 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya merupakan satu platform untuk memudahkan badan-badan berdaftar dan persatuan di UM untuk mempromosikan tujuan dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada seisi 2011/2012.

Pengrekrutan para ahli diharap dapat menjana ke arah aliran perjalanan persatuan supaya terus dipacu dengan laju.

justeru, PERSADA UM juga akan membuka booth semasa Minggu Promo 2011 ini.

Tentatif :

Tarikh :: 20-22 September 2011
Hari :: Selasa - Khamis
Jam :: 10.00 pagi - 5.00 petang

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

anda datang, anda pasti jatuh cinta.

percayalah. kami akan memastikan keahlian anda ke PERSADA UM ini merupakan satu perjalanan mudah memastikan langkah sosialisme anda di UM tidak terhenti.

opsss..! BUKAN SEMUA LAYAK MENJADI AHLI. keahlian ini hanya terbuka kepada ::

-Generasi Kedua (Anak Peneroka)
-Generasi Ketiga (Cucu Peneroka)
-Anak Kakitangan Felda

jika anda layak, maka andalah orangnya yang akan memacu dan menjala PERSADA UM ini supaya menjadi satu badan berdaftar yang kuat pada masa hadapan.

MENDAYA KEINTELEKTUALAN GENERASI BARU FELDA

Friday, July 16, 2010

BERSIARAN DARI KOMPLEKS PERDANASISWA

Share
Assalamualaikum, salam 1Malaysia semua...

Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru FELDA ke UM, bumi agung ilmuwan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda secara terbuka. Tahniah kepada semua.

Kami seramai 7 orang kakak-kakak dan abang-abang senior PERSADA sedang berada di Kompleks Perdanasiswa UM. Beberapa kakak dan abang PERSADA sekarang berada di terminal bas belakang library UM, untuk mengedarkan pamplet dan borang keahlian.

Jangan bimbang, kami tidak menuntut sebarang bayaran... Kakak-kakak dan abang-abang PERSADA yang ramah sedia berbakti kepada anda. Inilah masanya untuk anda bersama-sama kami bagi menyemai budi dan jasa kepada semua anak FELDA yang masih memerlukan.

Sayangnya program kami pada hari ini tidaklah begitu lama. Sebab abang-abang nak pergi solat Jumaat. Tapi insyaallah kami akan berjumpa anda lagi...

Kami juga akan membuka booth untuk Minggu Promo, dan kami akan sediakan cenderamata untuk anda. Bila lagi mahu berkenalan dengan kami? Kami ingin sangat berkenalan dengan anda. Ayuhlah anak-anak peneroka atau staf FELDA dan cucu peneroka.

Jom berpersatuan!!!!

Saturday, December 26, 2009

Lagu Semai Bakti FELDA

Share


....SEMAI BAKTI...

Gagah mara menyemai bakti
Penuh daya setulus hati
Hikmat setia luhur berbudi
Demi negara yang dicintai

Padu ikatan rukun damai
Murni hasrat bulat muafakat
Semai bakti bukti dituai
Usaha tegas membawa berkat

Disemai bakti ditabur jasa
Cetusan syahdu semangat waja
Biar seribu cabaran tiba
Negara makmur yang utama

Bakti diberi penuh setia
Dengan rahmat yang Maha Esa
Erat sepakat bina FELDA
Seiring haluan ke puncak jaya



Thursday, December 24, 2009

PENUBUHAN SEKRETARIAT PERSADA UM

Share

salam 1 felda..

Cadangan penubuhan Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda atau nama ringkasnya PERSADA adalah daripada aspirasi dan cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri FELDA. Beliau merasakan sudah tiba masanya untuk mengangkat martabat dan memajukan masyarakat FELDA setingginya.

Matlamat PERSADA ialah melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.

Justeru, SERANTA (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri diberi mandat dan tanggungjawab oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Tepat sebagaimana maksud SERANTA (FELDA) iaitu sebagai medium penghubung, perantara, penyampai dan pemudahcara antara Kerajaan/ FELDA dengan warga FELDA.

Kini, hampir kesemua 20 IPTA sudah menubuhkan PERSADA di universiti masing-masing termasuklah Universiti Malaya.