RAKAN PERSADA

Friday, June 17, 2011

Sederap kita melangkah, Seiring dengan cita-cita.

Share
55 tahun FELDA mempersiapkan generasi kita untuk sederap melangkah kehadapan.

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah seluruh Malaysia dan kini, 11 wilayah telah pesat membangun mempergiatkan hasil perladangan dalam usaha memperbaiki kualiti hidup generasi kita.

namun, adakah kita masih peka akan VISI, MISI, dan TERAS FELDA yang menjadi tunjang pelaksanaan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan ekonomi dan sosial generasi kita.

justeru, marilah kita hayati bersama.





bukan itu sahaja, JABATAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN GENERASI BARU FELDA telah memperkenalkan satu lagi indikator terbaru yang dikenali sebagai PELAN INOVASI FELDA.

pelan ini berpegang teguh kepada objektif :

Penyediaan rangka kerja Pelan Inovasi FELDA yang merangkumi aktiviti ekonomi ke arah transformasi FELDA menjelang 2020.

maka dengan itu, pelan ini haruslah mendepani 3 isu utama. iaitu :

  • Menjadikan FELDA sebagai economic power house

  • Mengenalpasti infrastruktur yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ekonomi

  • Menjadikan FELDA dan warga FELDA sebagai high performance community


    kita sebagai generasi pelengkap kegemilangan FELDA haruslah berganding bahu membuktikan pada dunia kita mampu berjaya secara internasional dengan berpegang teguh kepada VISI, MISI, TERAS, dan PELAN INOVASI FELDA.


    RUJUKAN : felda.net.my

GEGAR PERSADA 2011 - satu pertemuan perdana -

Share

GEGAR PERSADA 2011 (29MEI - 13 JUN 2011)

SATU program yang benar-benar menarik. menggabungkan 20 IPTA seluruh Malaysia.

PERTEMUAN buat kali pertama bagi organisasi baru PERSADA.

PERBINCANGAN untuk memastikan segala perjalanan sepanjang tahun 2011/2012 berjalan dengan lancar dengan gagasan pentadbiran PERSADA Kebangsaan yang terkini.

BAGI membuktikan PERSADA tetap relevan di hati warga FELDA di wilayah, IPTA, dan lain-lain.

MENGHASILKAN satu resolusi yang mapan iaitu kita bersatu kerana FELDA. dan FELDA juga punca kita bersatu.

GERAK KERJA yang memerlukan setiap anggota PERSADA sentiasa peka akan persekitaran dan berdikari dalam membentuk program yang jitu.

YANG pasti pada suatu hari nanti akan wujudnya persaingan sihat antara setiap PERSADA di IPTA masing-masing.

JITU dan persis dalam bermesyuarat agar tindak tanduk kerja dan tingkah laku disenangi ramai.

DAN tidak lupa juga jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan PERSADA setiap IPTA yang pasti menjadi sumber kekuatan dalam mencongak masa depan generasi FELDA.

MAPAN dalam memastikan PERSADA kekal di PERSADA.!

terima kasih kepada pihak terlibat yang menjayakan program ini. harapan agar semua peserta yang terlibat dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman supaya PERSADA menjadi satu sekretariat yang mampu menggegarkan setiap mata yang memandang.!

29 MEI - 02 JUN (UITM SHAH ALAM & FELDA LAYANG-LAYANG, JOHOR)
-KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
-SEISI PERKENALAN PERSADA

03 JUN - 09 JUN (UMS,FELDA UMAS-UMAS, DESA KENCANA, ANJUNG TEDUH, SABAH)
-KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
-PROGRAM ANAK ANGKAT
-GEGAR FELDA

10 JUN - 12 JUN (KUNDASANG, SABAH)
-KEM BTN KUNDASANG - PENCAKNAAN PERSADA -

12 JUN - 13 JUN (PULAU GAYA, KOTA KINABALU,UMS,SABAH)
-MELANCONG SAMBIL BELAJAR




SATU PERTEMUAN PERBINCANGAN BAGI MENGHASILKAN GERAK KERJA YANG JITU DAN MAPAN