RAKAN PERSADA

Sunday, July 25, 2010

MINGGU PROMO'10

Share

Minggu Promosi Persatuan UM

ataupun
PROMO`10

merupakan satu program yang dianjurkan oleh bahagian HEP & Alumni khusus bagi memperkenalkan dan mempromosikan badan-badan persatuan kepada seluruh warga Universiti Malaya.

Sekretariat Permuafakatan Siswa/i Felda Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai PERSADA UM turut menyertai minggu promosi ini.

Ayuh~!!

TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I UM SEPERTI BERIKUT :

1) ANAK PENEROKA FELDA (GENERASI KEDUA)
2) CUCU PENEROKA FELDA (GENERASI KETIGA)
3) ANAK KAKITANGAN FELDA


JOM DAFTAR AHLI PERSADA SECARA PERCUMA~!!

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA..JANGAN LEPASKAN PELUANG!

KUNJUNGI BOOTH KAMI NO9~!


Sunday, July 18, 2010

WARNA WARNI GRADUASI bersama PERSADA UM

Share

WARNA WARNI GRADUASI bersempena FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2010


Datanglah beramai-ramai ke gerai PERSADA UM


ISTIMEWA UNTUK PARA GRADUAN


Cenderahati Istimewa akan diberikan kepada para mahasiswa/i FELDA yang ditabalkan sebagai graduan semasa Konvokesyen Universiti Malaya 2010


Caranya:


Daftarlah sebagai ahli PERSADA UM secara online (di ruangan pendaftaran di atas kolum blog ini) atau daftar secara manual (borang) semasa FESKUM ‘10 nanti.


*untuk pendaftaran online, sila taipkan ( bakal graduan) di ruangan NAMA KURSUS.


<<---contoh: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (bakal graduan)--->>


Pastikan anda adalah anak/cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA.


*anda digalakkan untuk membawa mykad (salinan / asal) atau sebarang bukti keterangan bahawa anda adalah anak/cucu peneroka atau kakitangan FELDA


Cenderahati Istimewa mananti anda…!


JUALAN


Kami juga ada menjual makanan dan minuman khas untuk para pengunjung sekalian.


CUP CAKE pelbagai warna dan bentuk


CAKE pelbagai warna dan bentuk


AIR MINERAL


dan pelbagai lagi....


JUALAN TERBUKA KEPADA SEMUA…! HARGA BERPATUTAN J


PAMERAN KHAS


Kami juga ada membuka ruang pameran PERSADA UM


Kaunter pendaftaran ahli


KAMI MENANTI KEHADIRAN ANDA...! :)

[coretan] SEKILAS JEJAK ANAK FELDA 2010

Share


















JEJAK ANAK FELDA 2010 (JAF'10)

Share

Friday, July 16, 2010

BERSIARAN DARI KOMPLEKS PERDANASISWA

Share
Assalamualaikum, salam 1Malaysia semua...

Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i baru FELDA ke UM, bumi agung ilmuwan. Kami mengalu-alukan kedatangan anda secara terbuka. Tahniah kepada semua.

Kami seramai 7 orang kakak-kakak dan abang-abang senior PERSADA sedang berada di Kompleks Perdanasiswa UM. Beberapa kakak dan abang PERSADA sekarang berada di terminal bas belakang library UM, untuk mengedarkan pamplet dan borang keahlian.

Jangan bimbang, kami tidak menuntut sebarang bayaran... Kakak-kakak dan abang-abang PERSADA yang ramah sedia berbakti kepada anda. Inilah masanya untuk anda bersama-sama kami bagi menyemai budi dan jasa kepada semua anak FELDA yang masih memerlukan.

Sayangnya program kami pada hari ini tidaklah begitu lama. Sebab abang-abang nak pergi solat Jumaat. Tapi insyaallah kami akan berjumpa anda lagi...

Kami juga akan membuka booth untuk Minggu Promo, dan kami akan sediakan cenderamata untuk anda. Bila lagi mahu berkenalan dengan kami? Kami ingin sangat berkenalan dengan anda. Ayuhlah anak-anak peneroka atau staf FELDA dan cucu peneroka.

Jom berpersatuan!!!!

Monday, July 5, 2010

hari bapa kita raikan. jasa bonda jangan dilupakan.

Share
Assalamualaikum. salam satu Felda. salam satu Persada. hari ini kami dengan rasa sayu hati ingin memaparkan kepada para pembaca mengenai satu lagu yang penuh dengan kesyahduan.

lagu ini kami dapat ketika menghadiri satu kem motivasi bersama-sama pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 Wilayah Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.

lagu ini telah ditayangkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 oleh seroang motivator yang sangat-sangat hebat iaitu Ustaz Haji Long bin Kecik.

lantas air mata yang menitis ke pipi mereka membuatkan kami tersentuh betapa lembutnya jiwa seorang insan kecil yang masih muda bernafas di dunia ini.

hayati lagu ini.



Warisan

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda