RAKAN PERSADA

Monday, May 31, 2010

[coretan] Program Wacana; Kepimpinan & Seni Bermasyarakat PERSADA 2010

Share


pada 28 sehingga 30 mei 2010 yang lalu, pejabat SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan program Wacana; Kepimpinan & Seni Bermasyarakat Permuafakatan Siswa/i Felda (PERSADA) bertempat di Kem Nadi, Sungkai, Perak Darul Ridzuan. program yang berbentuk Building High Performance Team ini menjadi platform awal kepada setiap barisan kepimpinan tertinggi sekretariat PERSADA IPTA dalam membudayakan konsep 'pintar berkomuniti' dan membentuk satu pasukan yang mapan di peringkat nasional dalam usaha untuk menjayakan visi dan misi aspirasi FELDA glokal.

Sekretariat PERSADA Universiti Malaya menyahut usaha murni ini dengan mewakilkan 5 orang pimpinan tertinggi yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha Agong, Bendahari, Exco Kebajikan dan Inovasi,untuk turut bersama-sama hampir 110 peserta yang lain yang terdiri daripada barisan pimpinan sekretariat PERSADA 19 IPTA (kecuali UTM), pegawai koordinasi Universiti PERSADA & SERANTA JPM, exco-exco Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan pegawai koordinasi dari FELDA.

program 3 hari 2 malam ini diatur dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar. antaranya; sesi suai kenal sahabat, wacana perdana transformasi perdana bersama Y.Bhg Dato' Hj Shahlan Hj Ismail, Setiausaha Politik YAB. Perdana Menteri merangkap Penasihat PERSADA Kebangsaan; senaman pagi; tayangan 'who moved my cheese-hew & haw"; kaedah berunding dan pintar bermasyarakat; membina agenda bertindak ABATA; Meniti Cahaya Rimba; wacana daripada Encik Noor Ehsanuddin Bin Hj Mohd Harun Narrashid, Pengarah SERANTA JPM; dan ucapan penutupan perasmian serta penyampaian sijil oleh tetamu kehormat daripada FELDA.
secara keseluruhannya, program ini berjaya menjadi wadah untuk melahirkan barisan kepimpinan PERSADA yang pintar berorganisasi dan mampu menjadi pemangkin perubahan sosial masyarakat FELDA. Malah, pendekatan aktiviti yang dilakukan juga berjaya memuka minda peserta agar dapat mengubah sikap dan melakukan lonjakan berganda supaya mampu berperanan dalam komuniti bagi merealisasikan aspirasi FELDA glokal. Sesungguhnya program ini juga dapat membentuk nilai kepimpinan pasukan yang mantap hasil daripada pencaknaan nama kumpulan seperti kumpulan PERSADA WOWW!!, PERSADA TIMUR, dan lain-lain lagi.

Tahniah dan terima kasih ditujukan khas kepada pejabat SERANTA JPM kerana berjaya mengadakan program ini.Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang!!!

GEMPUR! PERSADA!!!

GEMPUR! PERSADA!!!

GEMPUR! PERSADA!!!!




Sunday, May 23, 2010

Program Wacana; Kepimpinan & Seni Bermasyarakat PERSADA IPTA 2010

Share



Program ini adalah anjuran Sekretariat PERSADA Kebangsaan dan Pejabat Seranta JPM
dan akan diadakan pada 28hb-30 Mei 2010
bertempat di Kem Nadi Sungkai, Perak.

Setiap Sekretariat PERSADA IPTA (20 IPTA secara keseluruhannya) akan menghantar 5 orang wakil bagi setiap IPTA.

Semoga program ini dapat berlangsung dengan jayanya..

Saturday, May 22, 2010

tahniah & selamat datang pelajar baru PASUM 2010/2011

Share


Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) Universiti Malaya
mengucapkan

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

kepada pelajar-pelajar baru
[khususnya GENERASI FELDA]
yang akan menyambung pelajaran di

PUSAT ASASI SAINS [PASUM]
Universiti Malaya

sesi 2010.2011


pendaftaran : 23.may.2010 [ahad]
tempat : pusat asasi sains UM & Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12)

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke UM..(^_o)

Thursday, May 20, 2010

[coretan] Bengkel Pengurusan Organisasi 2010

Share
salam wbt & salam 1persada,

pada 8 mei 2010 bersamaan hari sabtu yang lalu, Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA) Universiti Malaya telah mengadakan program Bengkel Pengurusan Organisasi 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana 2, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Bertemakan "Generasi Hari ini, Pemimpin Hari Esok," program sehari ini merupakan program sulung bagi barisan kepimpinan baru Majlis Tertinggi dan Exco PERSADA UM bagi sesi 2010/2011.

Program BPO'10 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman mengenai tips dan teknik pengurusan pentadbiran yang efisen dan berkesan kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco PERSADA khususnya dalam usaha mengangkat kepimpinan organisasi yang cemerlang dan gemilang. Malah, fokus utama program ini diadakan adalah untuk mempersiapkan setiap MT dan Exco dengan ilmu kepimpinan yang utuh agar menjadi pemimpin berkaliber di masa akan datang, khususnya bagi memimpin generasi FELDA kelak.

Program sehari ini melibatkan beberapa slot, antaranya ; Taaruf pimpinan, Bengkel Kemahiran Asas, Kenali Skop Tugas Anda!, Brain-Storming Deluxe, Bengkel Penulisan Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Sistem Fail, dan Sesi Bergambar.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya diadakan dengan jayanya. Sebagai salah satu badan organisasi mahasiswa yang baru diwujudkan di Universiti Malaya, penganjuran program sebegini telah memberi impak positif kepada mahasiswa untuk belajar dan berkongsi kepimpinan berpersatuan satu sama lain. Moga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


"PENGGERAK KEGEMILANGAN GENERASI FELDA"