RAKAN PERSADA

Sunday, March 28, 2010

HIGHCOMM PERSADA UM sesi 2010/2011

Share












Pertandingan Mencipta Logo PERSADA kebangsaan

Share

TEMA

Logo hendaklah memaparkan peranan PERSADA dalam mencapai 5 teras Aspirasi FELDA Glokal; Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar, Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah, Membina Generasi Baru Warga FELDA, FELDA Sebagai Pelaku Global dan Memperkukuh Budaya Organisasi FELDA.

SPESIFIKASI

a)Saiz
a.Logo perlu disimpan dalam fail asal (softcopy) berformat png@bitmap dan dalam bentuk hardcopy di kertas bersaiz A4 diatas mounting board berwarna hitam.

b)Rekabentuk
a.Terpulang kepada kreativiti peserta tetapi tidak boleh lari daripada konsep “keBELIAan” dan “keFELDAan”.
b.Logo yang dicipta WAJIB disertakan dengan akronim PERSADA Kebangsaan dan penerangan yang rasional berkenaan logo dalam Bahasa Malaysia.
c.Logo mestilah asli hasil ciptaan peserta tanpa ada unsur-unsur peniruan dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman, budaya dan agama.
d.Tidak melebihi 5 warna ( Warna Wajib - Oren FELDA). Setiap warna dan objek yang dilukis hendaklah diberikan penerangan/maksud di sebaliknya dimuka surat yang sama.

c)Motto & Visi
a.Hendaklah berkaitan dengan Ikrar PERSADA yang dilampirkan.

d)Kegunaan logo
a.Logo akan digunakan sebagai logo rasmi Sekretariat Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) Kebangsaan oleh 20 IPTA dan IPTS.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada ahli PERSADA universiti seluruh Malaysia (diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana).
2. Penyertaan hendaklah dihantar sesalinan sofcopy (cakera keras) dan hardcopy ke alamat dibawah pada atau sebelum 1 April 2010 (Khamis) :

Urusetia Pertandingan Logo PERSADA, Unit Seranta (FELDA), Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.

3.Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 5 penyertaan (satu borang untuk satu penyertaan). Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dengan butiran peserta. Borang penyertaan boleh dimuat turun di http://www.seranta.jpm.my atau ambil sendiri di Unit Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri pada waktu pejabat.
4.Rekaan dan ciptaan perlu menggunakan aplikasi komputer dan BUKAN lukisan tangan.
5.Borang penyertaan yang lengkap perlu ditampal dibelakang logo ciptaan masing-masing.
6.Borang penyertaan yang tidak lengkap secara automatik akan tersingkir daripada pertandingan ini.
7.Keaslian ciptaan dan reka bentuk logo hendaklah asli. Urusetia pertandingan tidak akan bertanggungjawab diatas segala bentuk tuntutan oleh pihak ketiga.
8.Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi harta intelek Unit Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri.
9.Urusetia Pertandingan Logo PERSADA mempunyai hak dalam mengubahsuai logo PERSADA mengikut kesesuaian semasa.
10.Segala kos pertandingan adalah tanggungan peserta.
11.Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.

PENGADILAN
1.Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh panel juri yang telah dilantik oleh Unit Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri.
2.Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan.

HADIAH
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
a)Satu (1) hadiah utama bernilai RM500.00 berserta Sijil Penyertaan
b)Satu (1) hadiah utama bernilai RM300.00 berserta Sijil Penyertaan
c)Satu (1) hadiah utama bernilai RM200.00 berserta Sijil Penyertaan

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia Pertandingan Logo PERSADA di talian 03-888724415 (waktu pejabat sahaja) atau hubungi Sekretariat PERSADA UM di talian 013-204 2783.